
Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.
Kehidupan manusia penuh dengan cabaran dan dugaan. Barangsiapa yang bersyukur dan bersabar akan mendapat ganjaran yang sangat besar daripada Allah SWT. Setiap sesuatu yang Allah SWT jadikan dan tentukan terhadap kita tidak sia-sia malah mesti ada hikmah disebaliknya.
Kita jangan terlalu mengharap akan sentiasa mendapat apa yang kita kehendak. Tapi kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha untuk mendapat kebaikan. Allah SWT maha kaya dan maha kuasa yang menentukan segala kebaikan terhadap hambaNYA.
Tag :
Mutiara Kata


0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 4"