Buat Duit Dengan Blog

Mutiara Kata Al-Qarni 10


Perilaku buruk adalah azab,

kedengkian adalah racun,

ghibah adalah kehinaan,

dan mencari-cari kesalahan adalah kerugian.



Orang yang sering melakukan maksiat atau bertingkah laku yang buruk akan mengundan azab kepada dirinya dan juga orang lain. Ini kerana maksiat merupakan punca turunnya bala daripada Allah SWT yang maha kaya.


Orang yang selalu berdengki kepada manusia lain menyebabkan perpecahan dalam umat dan sifat dengki merupakan racun yang akan membawa kehancuran masyarakat.


Ghibah adalah perbuatan mengumpat yang juga merupakan sifat buruk yang akan menjadi perosak kepada persaudaraan manusia.


Satu lagi perbuatan yang sangat rugi ialah mencari kesilapan orang sedangkan kesilapan diri sendiri tidak dipeduli. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Adalah lebih utama memandang kepada kesilapan diri sendiri dan ia merupakan perbuatan mulia.
Tag : Mutiara Kata
0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 10"

Back To Top