
Wanita yang cantik lagi takwa,
rumah yang luas,
rezeki yang cukup,
dan tetangga yang soleh
adalah kenikmatan
yang kurang disedari
oleh kebanyakan manusia.
Allah SWT mengurniakan nikmat yang melimpah ruah kepada manusia. Pelbagai nikmat yang ada di sekiling kita sering tidak dihargai. Selain nikmat yang ada pada diri sendiri, nikmat atau anugarah di persekitaran kita seperti wanita yang cantik lagi solehan, rezeki yang sentiasa cukup dan jiran yang soleh dan baik dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Apa yang penting ialah kita bersyukur dan menghargai anugarah ini. Manusia mula merasa menyesal serta rugi apabila nikmat yang dikurniakan Allah SWT telah hilang dari sisinya.
Justeru, syukur dan menghargai kepada nikmat yang ada di sisi kita sangat penting supaya kita dapat bertemu Allah SWT dengan kebahagiaan.
Tag :
Mutiara Kata


0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 5"