
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar
daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya
anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini.
Dan jangan tunggu musibah yang akan datang,
kerana jika demikian bererti anda mempercepatkan
datangnya kesusahan dan kesedihan.
Hari ini adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada kita. Oleh itu, kita perlu menggunakan hari ini dan saat ini yang kita ada dengan sebaik mungkin. Saat yang berlalu tidak boleh diulang kembali dan tidak akan datang lagi dan saat yang akan datang belum tentu kita boleh mencapainya kerana ajal maut Allah SWT yang tentukan.
Justeru bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan sekarang dan jangan tamak untuk dapat keuntungan yang belum pasti. Takut apa yang kita miliki sekarang akan hilang apabila perasaan tamak menyelubungi diri.
Tag :
Mutiara Kata


0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 3"