Buat Duit Dengan Blog

Bagamana Nak Promosi Produk Affiliate

Assalamualaikum dan salam sejahtara

Tugas penting bagi seorang agen affiliate adalah mempromosikan produk affiliate. Tetapi Bagamana Nak Promosi Produk Affiliate?

Ok.

Bagamana Nak Promosi Produk Affiliate
Bagamana Nak Promosi Produk Affiliate

Jangan ke mana-mana. Baca artikel ini sampai habis supaya anda boleh bertindak dengan sistematik dan tidak tersasar haluan anda.

Panduan terbaik untuk agen affiliate

Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)
Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Bagamana Nak Promosi Produk Affiliate?


Seperti yang anda tahu. Langkah pertama untuk promosi produk affiliate adalah squeeze page. Persoalannya, bagaimana hendak promosi squeeze page tersebut ? Di bawah ada menunjukkan cara ringkas bagaimana untuk melakukan promosi.

Direktori pengiklanan percuma


Buka google dan buat carian „iklan percuma.‟ Di sana terdapat banyak laman web yang menyediakan pengiklanan percuma.

Pelawat yang melawat laman web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.

Mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada produk yang berbentuk perniagaan, anda di galakkan untuk meletakkan laman web anda di sini.

Lagi satu keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun lain.

Anda perlu bijak ketika melakukan pengiklanan di direktori percuma ini. Pelbagaikan headline anda. katakan anda melakukan promosi produk kuruskan badan, anda boleh menulis headline berikut.

Cara mudah untuk kurus.Sebulan turun 5 kg.Pasti kurus dengan (nama produk anda)Kalau anda gemuk, click sini untuk kuruskan badan.Mungkin ada manusia yang melakukan carian di search engine menggunakan kata kunci di atas. Jika anda, anda memang bertuah.

Blogging


Anda boleh mula menulis di blog mengenai topik yang anda ingin promosikan atau anda boleh mencuri trafik dari laman blog lain dengan meninggalkan comment pada artikel mereka. Bergantung kepada kerajinan anda. Jika anda rajin untuk menulis, silakan. Jika tidak, sudah cukup dengan mencuri trafik.

Pemasaran Forum


Seperti biasa, di forum anda boleh promosi produk affiliate anda melalui siggy atau di bahagian pengiklanan. Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia adalah proses jangka panjang. Jadi, janganlah membuat musuh apabila berforum. Sentiasa bermesra dengan ahli forum yang lain.

Awas!! Jangan lakukan SPAM. Jika tiada apa hendak di kata, diam lebih baik.

Cara membina kredibilit di forum.

Kredibiliti sangat penting dalam berforum kerana biasanya manusia membaca orang yang mereka hormat menulis. Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang baik, sudah tentu anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti anda untuk mengeluarkan pendapat.

Berikut adalah cara membina kredibiliti di forum :-
1. Sentiasa jujur dalam ulasan.
2. Ada prinsip ketika memberi komen.
3. Berpengetahuan tinggi ( google kan ada, Search je)
4. Sentiasa memberi kritikan yang membina.

Di atas adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan ketika berforum.

Instant Message.


Instant message seperti Yahoo, Google Talk dan Skype sangat berkesan ketika melakukan promosi. Kebanyakan IM akan meletakkan pautan squeeze page mereka di bahagian status. Promosi melalui kaedah ini sangat berkesan jika anda mempunyai senarai rakan yang ramai.

Untuk meramaikan senarai rakan yang anda ada, anda boleh add kawan forumer anda atau anda boleh membuat kursus percuma melalui IM. Katakan anda pakar dalah PHP, anda boleh membuat kursus secara percuma melalui Instant Message. Jangan terkejut jika anda tumpukan pada teknik ini sahaja, anda boleh dapat hasil yang memberansangkan.

Laman Web Sosial


Laman web seperti facebook, myspace dan friendster memang mempunyai trafik yang tinggi. Jika di facebook, ada aplikasi group dan fan page. Minta rakan-rakan anda untuk tolong promote pautan squeeze page anda itu.

With network you gain power.

Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi menarik di facebook, mungkin ia akan memberi advantage kepada anda. Jika anda promosi produk kuruskan badan mungkin anda boleh mencipta aplikasi mengira Nilai BMI atau gambar ahli facebook jika mereka dalam keadaan gemuk.

Pengiklanan pada laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.


Anda boleh gunakan kaedah pay per clik atau pay per view seperti facebook ads, google adwords, bidvertiser, adly, ziddu dan nuffang.

Anda juga boleh beriklan di portal laman web yang mempunyai hit yang tinggi seperti portal berita. Sebelum anda beriklan di sesuatu laman web, periksa alexa ranking di alexa.com atau boleh tanya sendiri kepada admin sejauh mana trafik yang di terima laman webnya.

Kesimpulan


Inilah sedikit panduan Bagamana Nak Promosi Produk Affiliate. Saya amat berharap ia membantu anda dala membuat duit dengan affiliate.
0 Komentar untuk "Bagamana Nak Promosi Produk Affiliate"

Back To Top