Buat Duit Dengan Blog

3 Cara Senang Buat Duit Dengan Blog

Assalamuaikum

Mungkin ramai blogger baru yang belum tahu bahawa, anda memang boleh menjana duit tanpa modal dan produk sendiri. Cumanya anda perlu ada laptop atau pc dan line internet.

Alhamdulillah, saya sendiri sudah berjaya menjana duit dengan blog walaupun hanya menulis secara sambilan.

Ya, memang boleh!

Anda boleh menjana duit dengan blog tanpa modal dan tanpa produk anda sendiri. Bagaimana caranya untuk menjana duit dengan blog tanpa modal dan produk sendiri?

Mari saya tunjukkan cara senang buat duit dengan blog. Lagi menariknya tanpa modal dan tanpa produk sendiri.

3 Cara Senang Buat Duit Dengan Blog


#1. Sewa tapak iklan


Apabila anda sudah ada berjaya membina blog, salah satu cara menjana duit adalah dengan menawarkan perkhidmatan sewa tapak iklan.

Sesiapa yang ingin meletakkan iklan di blog anda dan anda mengenakan caj untuk tempoh satu bulan atau satu tahu.

Ataupun anda sendiri daftar dengan nuffnang untuk melekkan iklan mereka di blog anda. Ini merupakan cara paling popular dalam kalangan blogger. Cara ini memang mendatangkan hasil.

Nuffnang tu apa? Ia adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia. Nuffnang menawarkan perkhidmatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita. Pihak nuffnang akan membayar kepada anda setiap kali iklan anda di klik.

Sekurang-kurang anda mahu claim duit dari nuffnang adalah RM50. Setakat ini saya sudah 3 kali claim duit dari nuffnang. Nak kata banyak tidak lah, tetapi bolehlah dalam RM 400 lebih. Lepas ni nak biar banyak sikit baru claim.

3 Cara Senang Buat Duit Dengan Blog
Hasil pendapatan nuffnang


#2. Jual Blog


Cara ini perlukan kemahiran dan kreativiti yang tinggi. Memang ada blogger yang membina blog dan jualkan blog tersebut di mana-mana forum atau website flipping.

Anda perlu sediakan sebuah blog yang mempunyai niche yang sesuai, penulisan yang mantap, isi kandungannya mantap lagi disukai di pasaran.

#3. Jadi Agen Affiliate


Cara ini paling popular dalam kalangan blogger untuk dapat duit dengan blog yang banyak kerana ia tidak sesukar mana. Anda yang ingin menyertainya hanya perlu daftara sebagai agen, dapatkan link affiliate dan promote di blog. Bahkan ada yang mampu menjana duit sehingga 5 angka sebulan dengan menjadi agen affiliate. Nak tahu bagaimana mereka buat duit dengan affiliate, dapatkan ebook ini:

  1. Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)
  2. Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Penutup


Terdapat banyak lagi cara yang boleh anda buat dengan hanya berbelog. InsyaAllah nanti saya kongsikan dengan anda. Apa-apa pun cara yang ingin kita lakukan untuk buat duit dengan blog, ilmu adalah perkara utama dan penting sekali.




0 Komentar untuk "3 Cara Senang Buat Duit Dengan Blog"

Back To Top