
Beruzlah adalah kerajaan berfikir,
terlalu banyak bergaul adalah bodoh,
menggantungkan diri kepada manusia
adalah tindakan yang keliru, dan memusuhi mereka
adalah tindakan tidak bermanfaat.
Mengasingkan diri daripada manusia menjadikan kita bersendirian dan apabila kita dalam keadaan bersendirian menyebabkan otak banyak berfikir dengan cara berdikari. Sekiranya kita banyak bergaul dengan manusia yang tidak mendatangkan manfaat menyebabkan kita turut terpengaruh dengan persekitaran yang tidak baik.
Pergantungan yang hakiki dan terjamin adalah terhadap Allah SWT bukan kepada makhlukNYA. Manusia yang suka bergantung kepada manusia lain menggambarkan dirinya tidak berpendirian dan munkin mudah tertipu. Sebaliknya kalau kita memusuhi manusia pula lebih teruk akibatnya dalam kehidupan kita.
Oleh yang demikian, carilah ilmu sebagai alat pedoman kebahagiaan dunia dan akhirat.
Tag :
Mutiara Kata


0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 9"