
Memberi Khabar Gembira Dan Tahniah Atas Kelahiran Bayi
o Menurut pandangan Islam, kelahiran bayi merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi setiap insan. Seperti mana yang berlaku kepada Nabi kita Muhammad SAW pada ketika kelahiran Baginda, Abu Lahab telah memerdekakan hambanya Thuwaibah sebagai tanda meraikan berita kegembiraan tersebut. Jesteru, umat Islam perlu meraikan berita kegembiraan kelahiran bayi dengan mengucapkan tahniah kepada keluarga bayi. Antara kelebihan menyampaikan khabar gembira dan tahniah ini ialah untuk menjaga kesatuan antara sesama insan serta memupuk perasaan kasih sayang.
Azan Dan Iqamah
o Bayi yang baru lahir perlu diazankan disebelah telinga kanan dan diiqamahkan di sebelah telinga kiri. Sebaik-baiknya, bapa kepada bayi tersebut yang melakukan azan dan iqamah.
Tahnik
o Islam meng anjurkan tahnik (membuka mulut atau memecah mulut) dengan buah tamar atau kurma terhadap bayi baru lahir oleh orang yang bertakwa. Caranya ialah dengan mengunyah buah tamar (oleh orang yang bertakwa) terlebih dahulu dan diletakkan di jari telunjuk dan seterusnya dimasukkan ke dalam mulut bayi, kiri dan kanan mulutnya. Perkara ini dilakukan sehingga kurma menyentuh keseluruhan mulut bayi dan ke rongga tekak bayi.
o Kelebihan bertahnik ialah menguatkan saraf mulut bayi bagi mempersiapkan bayi untuk menghiap susu dengan sempurna.
Memberi Nama Yang Baik
o Syariat Islam menuntut diberikan nama yang baik kepada seseorang bayi kerana pemilihan nama sedikit sebanyak mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang muslim.
Akikah Dan Bercukur Rambut
o Dari segi syarak, akikah ialah menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ke tujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.
o Amalan menamakan anak, akikah dan bercukur rambut biasanya dilakukan beriringan. Menurut Ibn Qayyim, mencukur rambut meningkatkan kesihatan bayi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.
Berkhitan
o Berkhitan atau berkhatan membawa maksud memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memoton sedikit hujung kelentik (clitoris) bagi perempuan.
Sumber:
Kitab:Indahnya Hidup Bersyariat



0 Komentar untuk "Syariat Kelahiran"