Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau seorang pengembara atau seorang menumpang lalu. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).
Hadis Nabi SAW di atas dikumpulkan oleh Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni sebagai mutiara kata kerana mempunyai maksud atau pengertian yang sangat bermanfaat kepada manusia yang hidup di muka bumi ini. Pengembara boleh dikaitkanorang yang merantau. Perantau merupakan orang yang tidak berhajat untuk tinggal lama di suatu-suatu tempat kerana dia akan meneruskan perjalanannya ke destinasi yang hendak di tuju. Setelah sampai seorang perantau itu ke destinasinya maka dia bukan lagi seorang perantau. Begitu juga dengan kehidupan kita di dunia ini. Kita sebenarnya umpama pengembara yang berjalan mencari keperluan untuk sementara waktu sebelum sampai ke destinasi sebenar iaitu akhirat.
Tag :
Mutiara Kata


0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 38"