Buat Duit Dengan Blog

Mutiara Kata Al-Qarni 7


Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam,

bekerja lebih nikmat daripada menganggur,

qanaah lebih bernilai daripada harta,

dan kesihatan lebih bernilai daripada kekayaan.


Kehidupan kita manusia tidak lari daripada bertemu dengan manusia dan akan wujud beberapa urusan antara manusia yang dalam Islam menyebut muamalat. Manusia merupakan makhluk Allah SWT yang lemah dan tidak lari daripada melakukan kesalahan kecuali Nabi Muhammad SAW yang maksum.


Mungkin dalam berhubungan sesama manusia akan wujud perkara-perkara yang tidak menyenangkan seperti perselisihan faham, terasa hati dan sebagainya. Masalah hubungan semasa manusia akan bertambah rumit dan menyukarkan sekirannya ke dua-dua belah pihak tidak mampu untuk memaafkan dan berniat untuk membalas dendam. Perbuatan membalas dendam bukan jalan penyelesaian yang terbaik kerana keadaan sebegitu mungkin akan mendatangkan kesan yang lebih buruk. Sekiranya wujud perasaan memaafkan antara insan, mudahan silaturahim akan lebih terjalin dan mendatangkan keharmonian dalam masyarakat.


Manusia yang hidup dituntut untuk berusaha dan melakukan sebarang pekerjaan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. Justeru orang yang rajin berusaha dan bekerja berlandaskan hukum syarak akan mendapat keuntunngan berbanding orang yang menganggur.


Mengejar harta tidak akan menjadikan kita bersyukur dan cuku selagi kita mempunyai sifat qanaah. Qanaah akan membawa ketenangan dan kenikmatan dalam hidup kita serta di murahkan rezeki kita.


Kekayaan tidak ternilai harganya jika hendak dibandingkan dengan kesihatan. Orang yang hanya ada kekayaan tanpa kesihatan menyebabkan kekayaannya akan habis untuk membeli kesihatannya.


Mutiara kata di atas sangat bernilai jika diamalkan.
Tag : Mutiara Kata
0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 7"

Back To Top