Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak, gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhidmat kepada harta adalah hina, dan beramal kepada Allah adalah kemuliaan.
Orang yang hanya berfikir untuk gembira semata-mata kerana dunia yang ada ibarat hidupnya seperti kanak-kanak kecil sepanjang hayatnya. Manakala orang yang mencari keimanan untuk mencapai gembira merupakan orang-orang abrar (golongan yang membuat kebajikan).
Orang yang hidupnya hanya mencari harta semata-mata, dia akan merana sama ada di dunia dan akhirat kelak dan sesiapa yang beramal kepada Allah SWT, sudah pasti dia akan mendapat kemuliaan.
Tag :
Mutiara Kata


0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 14"