Buat Duit Dengan Blog

Mutiara Kata Al-Qarni 12


Sepotong roti keamanan itu

lebih lazat daripada madu dalam ketakutan.

Tinggal di khemah tetapi terjaga daripada fitnah itu lebih baik daripada tinggal di istana yang penuh fitnah.


Perbandingan yang mudah tapi sangat signifikan. Antara roti dengan madu, yang mana lebih sedap? Biasanya roti kalau tiada jem, sekaya, air kopi dan lain-lain lagi, tentu kurang sedap dimakan berbanding madu yang kita boleh makan atau minum begitu sahaja. Tetapi kalau madu yang rosak lebih baik daripada roti yang kurang sedap. Misalan yang ingin disampaikan di sini ialah suasan yang ada sedikit keamanan lebih baik daripada keseronokan yang penuh dengan ketakutan.


Hidup yang nampak biasa dari segi zahir tetapi terhindar daripada fitnah lebih baik daripada hidup dalam istana yang penuh dengan kemewahan dan kemegahan tetapi di kelilingi fitnah.
Tag : Mutiara Kata
0 Komentar untuk "Mutiara Kata Al-Qarni 12"

Back To Top