Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kajian mendapati orang yang banyak membaca melatih otaknya untuk berfikiran kreatif. Justeru, marilah kita memupuk budaya membaca dalam kehidupan diri kita dan seterusnya mengajak ahli keluarga kita menjadikan amalan membaca sebahagian daripada rutin harian kita.
Satu lagi buku kegemaran saya ialah Travlog Haji dan saya ingin mengajak semua yang ada agar turut membaca buku ini. Buku ini sangat menyentuh hati bagi seseorang yang ingin berubah atau berhijrah untuk menjadi lebih baik di sisi Allah SWT. Buku ini merupakan karangan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan kerana beliau sekarang merupakan pengarah UiTM Johor. Beliau yang saya maksudkan ialah Dr Muhd Kamil yang sangat aktif memberi motivasi dan menulis blog sebagai kerja sampingan. Buku ini boleh didapati secara online di link ini motivasi haji.
Corak penulisan ini mudah difahami dengan penyampaian yang santai tapi sangat berkesan. Isi yang disampaikan oleh beliau sangat praktikal untuk diapliksikan dalam kehidupan harian kita.
Usahalah mencari ilmu dan bukannya sekadar menunggu!

Tag :
Islam


0 Komentar untuk "Travelog Haji"