Buat Duit Dengan Blog

Ilmu Mesti Terus Dicari

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengaktifkan blog ini saya rasa sudah sampai masanya untuk mengaktifkan blog ini dengan keizinan Allah SWT.

Semoga Allah SWT sentiasa membetulkan niat saya, merahmati dan memberkati saya untuk terus belajar dan berkongsi. Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita bersama di muka bumi ini sebelum kita kembali bertemu Ilahi.

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita meneruskan kehidupan di dunia ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun dan seterusnya untuk kita mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Marilah sama-sama kita mohon doa pertolongan agar kita dikurnia ciri-ciri khalifah yang mampu mentadbir bumi ini mengikut kehendakNYA. Kita perlu sedar bahawa kita hanyalah makhluk hina yang tiada upaya apa-apa di alam ini. Hanya Allah SWT maha pekuasa atas setiap sesuatu. Oleh itu doa yang berterusan dalam erti kata istiqamah memohon pertolongan Allah SWT mesti dijalankan selagi nyawa dikandung badan.

Kesempatan hidup di dunia ini mesti diisi dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT. Bahasa mudah untuk difahami tentang ketakwaan ialah melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meniggalkan segala laranganNYA atau takut kepada Allah SWT.

Metodologi untuk mencapai takwa ialah dengan ilmu dan kemudiannya amal. Ilmu mesti dicari dengan penuh kesungguhan beserta doa berterusan supaya Allah SWT memberi kefahaman yang mendalam tentang agama Islam.

Banyak kaedah atau tatacara yang Allah SWT munculkan pada akhir zaman ini untuk kita memperolehi Ilmu. Antaranya mendengar ceramah dan kuliah secara langsung di masjid, surau atau di mana-mana tempat pengajian, mendengar ilmu melalui media elektronik seperti radio, television dan internet, mengikuti seminar agama, membaca kitab atau buku, bermuzakarah secara bersemuka atau mengggunakan peralatan canggih sebagai perantara, mengikuti khursus atau program yang dianjurkan oleh institusi pengajian dan sebagainya.

Apa yang penting, ilmu mesti terus dicari, dicari, dicari dan dicari serta beramal.
Tag : Islam
0 Komentar untuk "Ilmu Mesti Terus Dicari"

Back To Top