Buat Duit Dengan Blog

Bidaah Dalam Solat 1

Kiafiat ibadat yang zahir tentang solat.

Rukun Solat ada 13 dan ada juga pendapat mengatakan 18

Pertama berdiri betul bukan menyandar, membongkok atau tidak betul apabila selesai bersuci daripada hadas besar atau hadas kecil dan suci daripada pakaian dan badan dan pada tempat sembahyang dan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan. Mengadap kiblat dan tundukkan betul-betul kepada tempat sujud dan renggangkan kakimu sekira-kira sejengkal .

Dari segi feqah disebut tentang syarat sah solat . Syarat sah solat yang pertama ialah yakin masuk waktu solat. Sekiranya kita melakukan sembahyang tanpa mengkaji masukknya waktu walaupun sebenarnya telah masuk waktu solat tersebut tidak sah. Perlu diyakini masuknya waktu solat mengikut waktu sekarang ini (zaman sekarang tertakluk kepada jam).

Timbul persoalan mengapa kita puasa tengok bulan? Mengapa kita solat tidak tengok matahari?

Nabi menyebut puasa adalah rukyah, berhari raya juga rukyah. Sebaliknya berkenaan solat, Jibril sendiri yang tunjukkan waktunya.

Pendapat ulamak menyatakan boleh menggunakan rukyah dan hisab untuk berpuasa atau berhari raya dan mazhab Syafie adalah menggunakan hisab.

Syarat sah solat yang kedua adalah bersih suci (pembersihan mesti menggunakan air mutlak) kita punya badan, pakaian, tempat sujud (tempat sembahyang)

Kemudian menutup aurat. Bagi lelaki dari pusat hingga ke lutut tetapi dari segi hukum akhlaknya tutup semua. Bagi perempuan pula menutup semua tubuh kecuali dua pergelangan tangan bahagian hadapan dan belakang, maka untuk meyakini tutuplah semua.

Hadapkan/mengarahkan olehmu akan kiblat (dada sahaja, muka sunat). Tetapi siapa solat dengan mata merayau-rayau Allah Taala takkan pandang solatnya.

Apa yang saya tulis hanyalah sedikit sebanyak tentang isi kandungan kuliah sebagai gambaran atau trivia/gazette tentang kuliah ini. Tidak perlulah dijadikan rujukan kerana yang penting ialah mendengar kuliah ini terus.

Ilmu perlu dicari bukan ditunggu ke mari...

Tag : Islam
0 Komentar untuk "Bidaah Dalam Solat 1"

Back To Top